Monday, 3 February 2014

Najib Ramli

"aku bukan PHOTOGRAPHER,
aku cuma nak kenal apa itu DUNIA"



Najib Ramli nama diberi . Abang kandung yang tiada pengganti . Seorang yang unik dan mempunyai ramai kawan yang sangat baik dan menjaga antara satu sama lain . Dialah punca kenapa aku minat pada DSLR (digital single-lens reflex) . Kini aku menggunakan nickname dia TODAXX  . Aku kini yang lebih kepada membuat video masih perlu belajar lebih banyak tentang editing supaya aku dapat mengikut jejak langkah dia . Mungkin suatu hari nanti aku berjaya dan nickname dia ada dalam video aku . Kawan yang mengenali diri dia akan mengingati dirinya . Pada 03/11/2010 dia telah pergi untuk selamanya . Satu-satunya abang kandung aku . Dia meninggalkan banyak kenangan buat aku sekeluarga dan kawan-kawan dia .Dia kini di rumah baru dia . Bila aku melihat laman sosial dia di Facebook . Pasti ada sahaja kawan dia post sesuatu di wall facebook dia . Sehinggakan kawan dia tidak pernah terlepas untuk post sesuatu dan mendoakan bila tarikh hari kelahiran dia tiba pada 27/11/1986 . Sesungguhnya aku terharu dan sejujurnya air mata aku mengalir bila membaca apa yang mereka lakukan . Jika tidak setiap kali hari kelahiran dia . Pasti keluarga aku membuat BBQ atas permintaan arwah . Kawan-kawan dia pasti akan datang . Moment tu sentiasa ada dalam ingatan kami sekeluarga dan kawan-kawan dia . Di saat mereka berperang tepung dan telur . Aku hanya mampu untuk melihat dan ketawa . Tetapi kini ianya sudah tiada lagi . salah satu kata-kata yang kawan dia post di wall facebook dia bila hari kelahiran dia tiba  :-

"Hari ini birthday seorang sahabatku . Dah lama rasa nya xde bakar2 masa birthday kau kan. Tgk Mohamad Durrani Moen punya scooter masuk lubang depan rumah ko .Gelak sampai cramp perot. Ya kami rindu saat itu. Sentiasa igt tetapi yg hanya mampu ucapkan pada kau shabat surah Al-Fatihah di pagi hari. Semoga kau tenang dan aman di alam yg kekal. Selamat Hari Lahir sahabatku Allahyarham Haji Mohd Najib Ramli(1986-2010)."

Bohong sekiranya air mata aku tidak mengalir bila baca . Macam yang aku katakan yang semuanya kini tinggal kenangan yang kekal abadi di dalam diri kami semua . Kami semua merindui kau abang .

Al-Fatihah

   


No comments:

Post a Comment