Friday, 7 February 2014

tandakan buku lima dengan simbol " X "

Tiada yang harus di risau wahai ibu dan bapa ku . Walaupun aku pulang ke rumah sehingga lewat pagi . Aku masih boleh berfikir apa yang baik dan apa yang jahat . Aku tidak akan pernah merokok sebab itu bukan cara aku . Aku masih ingat pesan arwah abang aku " kalau abang nampak kau hisap rokok , abang pukul kau " wahai abang , aku tidak akan merokok walaupun di cabar dengan wang ribuan ringgit . Kerana itu bukan aku sekiranya aku merokok . Aku tidak akan pernah walau sekali pun minum arak . Sebab setitis arak itu membawak kepada 44 hari amalan tidak di kira . Aku masih boleh berfikir walaupun aku tidak sempurna dari semua segi . Aku tidak akan pernah mengambil dadah . Sebab ia akan merosakkan cara dan kehidupan aku . Aku tak nak dibenci oleh keluarga . Aku tak nak imej aku tercalar . Dadah yang terlarang akan merosakkan aku . Sedegil aku , senakal aku . Aku tidak akan MEROKOK  , minum ARAK dan mengambil DADAH . Aku menyokong apa yang DFYA ( Drug Free Youth Association ) lakukan dengan menyebarkan tentang keburukkan dadah , rokok dan arak . Mereka bergerak dari sekolah hingga ke kolej dan universiti . Aku menyokong mereka 100% . Apakah matlamat dan misi DFYA . akan aku update di lain hari . TAMMAT ( tergantung )

No comments:

Post a Comment